31 October 2006

Semalam aku mula bekerja semula selepas seminggu bercuti sakan. Ramai betul yang menunggu aku bukak kedai. Macam2 hal. Yang nak berkhatan, yang nak scan baby, nak beli ubat kurus, ubat buang gian..satu makcik dari Taib Andak dah sakit sejak raya tempohari. 3 kali datang klinik nak jumpa aku.Kesian betul aku.

Seperti dijangka, tahun ini raya sungguh warna warni. Semua tempat yang rancang nak pergi, aku dapat pergi termasuk menziarah kubur nenek aku. Kalau tahun2 lepas aku sembahyang raya atas kaki lima, tahun ini aku duduk saf ketiga belakang imam. Pukul 7.40 pagi dah sampai mesjid you! Naik kebas buntut aku bersila sambil bertakbir raya.. Lepas sembahyang, aku bermaaf2an dengan emak dan abah. Adik-beradik aku semua ada kecuali seorang yang kerja atas kapal tak dapat nak balik. Aku hantar SMS pun tak balas.

Ingat kes Tun M dan Pak Lah selesai selepas perjumpaan tempohari, rupa2nya lain pulak jadinya. Teruk betul Tun M kena belasah dengan tukang2 kipas dan pecacai2 Pak Lah. Aku nak muak baca suratkhabar dan berita TV3. Kalau PM tak boleh kena tegur apa kejadahnya demokrasi terpimpin. Tukar ajelah jadi diktator. Sultan Johor yang jarang terlibat dalam politik pun terpalit sama. Itulah resam dunia. Dulu Anwar Ibrahim, sekarang giliran Tun M pulak. Dunia politik ni macam gusti WWF. Sekejap jadi kawan, lepas tu jadi lawan, lepas tu baik semula. Tuhan tu kan maha adil. Sebagaimana Tun M membusukkan Anwar kini giliran beliau pulak.

23 October 2006

Hari ini hari terakhir Ramadan. Esok dah Idul Fitri. Terasa sangat sedih untuk meninggalkan bulan yang penuh keberkatan ini. Bulan dimana aku tak kena migraine, sakit perut dan berat badan aku dah turun 4 kilo. Cuma selalu sakit lutut sebab kena naik turun panjat tangga untuk mengemas rumah, mengecat, membersihkan sawang,...

Esok hari raya. Gembira dihari raya ialah bila bersalaman dengan ibu bapa, memakai baju warna sedondon dan melawat saudara mara yang lama tak jumpa. Selebihnya sedih sebab duit kena banyak keluar. Isi minyak kereta, ang pow budak2, itu belum kira persiapan hari raya..

Dua hari lepas aku bercuti sempena Deepavali dan sambung hari Ahad. Kena kemas rumahlah apa lagi. Bersihkan laman luar dan dalam pagar, lap cermin tingkap, cat pagar ( tak siap lagi sebab warna salah beli), pasang langsir, pasang cadar,...

Tahun ini banyak jugak dapat kad raya. Yang tak kenal pun ramai. Mungkin patient kot. Yang hantar SMS, yang hantar email, semua aku belum balas. Dah mogok sebab tahun lepas aku dah hantar banyak tapi tak dibalas. Pakai SMS lagi senang..

Tun M dapat juga akhirnya berjumpa dengan Pak Lah. I'm nat happy but satisfied. Dia kata Pak Lah tak cakap apa2. Hanya mencatat apa yang Tun cakap. Takda reaksi atau maklumbalas. Tunggulah apa akan jadi seterusnya..

Datuk Z yang buat istana empat tingkat kat Klang dah kena panggil dengan sultan. Itupun kena cari dengan OCPD baru jumpa. Pakai phone dia tak jawab. Konon sakit katanya. Kalau aku jadi Khir Toyo, tak payah nak siasat lagi dah. Letak jawatan atau pecat. Buat malu je. Ini masih nak siasat. Pak Lah kata, biar Khir Toyo yang tetapkan hukuman. KT pulak tunggu arahan pihak atasan. Semua bacul dan pengecut. Apa takut sangat dengan Datuk Z tu aku pun tak paham..

Semalam Melodi ada siar interview dengan AWIE. Kisah penceraian dia dengan Arni Nazira. Dari dulu aku memang respect kat Awie. Dia idola aku masa zaman sekolah dulu. Pendek kata semua album dia aku beli, poster2 dia semua aku tampal kat dinding, gaya pakaian dia pun selalu aku ikut. Tapi selepas dia berkahwin senyap2 seterusnya menceraikan isteri dia aku dah hilang respect kat dia. Dia masih menyalahkan bini dia sebab mintak cerai dah tak nak jaga anak2 dia. Siap menangis lagi. Yang dia tu kahwin senyap2 tak salah ke? Kalau aku jadi bini dia memang itu yang aku lakukan.. Tak kiralah bulan puasa ke, bulan raya ke, tang tu jugak aku mintak fasakh.

Esok hari raya. Belum habis bercerita lagi. Aku cuti satu minggu. Walaupun kampung dekat, sedara pun tak ramai, aku nak cuti jugak. Raya kedua beraya kat rumah adik beradik bini aku, raya ketiga dan keempat balik kampung di Muar. Rutin yang biasa tapi tak jemu. apatahlagi bila bawak kereta baru..raya ke 5 dan 6 beraya kat sekitar taman pulak..

19 October 2006

Patient 1:
21 years old man came to my clinic with paraphimosis. Emergency circumcision done. 2 weeks later he failed medical test to apply work permit at Singapore. He was told of dirty blood. He denied everything but HIV test was positive. He is the only son in family, both parents are factory workers. Until now, he still refused to accept his condition.

Patient 2:
17 years old girl brought in by father complaining of abd pain and pain during passing urine. Physically, the abdomen was distended and facial puffiness also noted. I do USG and she was 7 months pregnant. She supposed to take SPM exam end of the year. The culprit? Indonesia man how had ran away.
One year later, the father brought her again with leg oedema. She was pregnant again. The culprit? Another Indonesian man. This time her father didn't say much. I was also speechless.

Patient 3:
38 years old lady working as factory worker. She had 5 children, 3 still schooling. Her husband had another wife and rarely stay home. He occasionally came to her house under alcohol influence demanding for money and sex. If she refused, she was beaten. One day, she came with red eyes. Her menses didn't came for 2 months. Her UPT was positive.

16 October 2006

Cuaca di Johor makin malap. Index API mencecah 130. Unhealthy. Ramai yang sakit tekak, semput dan mata berair datang klinik hari ini. Kalau raya nanti camni teruklah. Tak boleh nak jalan2.

Semalam seharian aku duduk rumah. Mengemas rumah atas dan bawah. Sofa baru yang aku order sampai pagi semalam. Tu yang makin bersemangat mengemas tu. Dulu duduk rumah kecik senang sikit. Tak banyak ruang nak dikemas, ini rumah makin besar, barang2 pun makin banyak. Hampir tengah malam baru siap. Lepas ni, nak tinggal kemas luar pagar, cat pagar dan pulihkan pokok2 yang dalam pasu. Sempat ke tidak..hari ni je dah 23 Ramadan. Bila raya dah makin dekat, mood kerja pun makin kurang. Nasib baik kerja sendiri. Takda kerja takda gaji. Kalau kerja gomen, dah lama aku ambik cuti dah..

Raya tahun ini giliran beraya dirumah emak aku. Tahun ini aku sekeluarga serba oren. Aku sedara mara tak ramai. Biasanya lepas sembahyang raya, kami bermaafan sebelum makan ketupat dan rendang. Lepas tu pergi rumah nenek belah mak aku. Tahun ni nenek dah takda. Dia meninggal 6 bulan dulu. So, lepas makan ketupat tak tahu nak kemana. Mungkin bersiap ke rumah emak mertua pulak. Rumah mak mertua pun bukannya jauh sangat. 20 minit dah sampai.

14 October 2006



Inilah anak2ku. Yang sulung namanya Erin Henry,dah darjah 3. Belajar boleh tahan. Setiap tahun mesti dapat no Satu. Hobinya hanya satu, bola sepak. Team favoritenya Arsenal dan pemain kesayangannya tentulah Henry dan Walcott. Kalau main PS2, memang game bola yang dia terror. Aku kalau main game bola, tak pernah menang bila lawan dengan dia. Kalau ke kedai buku, majalah bola yang dicarinya dulu. Satu lagi, riwayat hidup dan kawan2 Naruto semua dia kenal. Perangai dia yang pelik sikit, susah betul nak bangun pagi pergi sekolah. Ada aje alasannya kalau suruh ke sekolah. Pantang sakit sikit, mesti tak nak ke sekolah punya. Nasib baik emak dia cikgu. Nak tak nak kena ikut mak dia ke sekolah juga.

Yang kedua namanya Ainaa. Umur 6 tahun. Hobi dia melukis. Pantang jumpa kertas, ada aje gambar yang dilukisnya. Musim hujan, lukis gambar hujan. Musim cerah, dia lukis matahari. Musim jerubu, tak boleh nak lukis apa2 sebab semua tak nampak.Sekolah pun boleh tahan pandainya. Tahun lepas, semua subjek dia dapat markah penuh. Dapat juga hadiah sebab banyak baca buku. Makanan kegemarannya segala jenis ikan. Tak kira masak apa, kalau ikan je terus mengadap. Selagi tak habis, selagi itulah dia tak berhenti makan. Perangai buruk dia, malas mengemas. Kalau buat kerja sekolah memang bersepah. Lepas tu tinggal je. Lagi satu, dia tak boleh kena marah. Kita tinggi suara sikit, dia lagi tinggi suaranya. Kalau merajuk, susah betul nak pujuk.

Yang ketiga namanya Ameel. Umur 5 tahun. Masa bersalin dulu, susah betul nak keluar. Mak bidan kata, kepalanya tak nak pusing. Dah besar ni, perangainya pun degil jugak. Dia pandai buat kelakar. Dia juga suka menyanyi. Belajar boleh tahan tapi malas sikit. Hobinya mengumpul mainan dan main game. Pukul 11 malam pun, masih sibuk main lagi. Satu lagi perangai buruk dia, kalau nak sesuatu mesti terus nak dapat. Dia tak boleh bertangguh. Habis satu rumah diterbalikkan kalau dia tak dapat apa yang dia hendak.

Bagaimanapun, aku dah masak dengan perangai anak2 aku. Sesekali memang ada yang kena pukul, kena marah, kena cubit,..itu adatlah membesarkan anak2. Aku bukan bapa yang sempurna tapi aku harap aku boleh menjadi seorang baik yang lebih baik dari bapaku. Itu cerita lainlah.

13 October 2006

Hari Jumaat. Klinik sejuk sikit hari ini. Cuaca pun masih malap lagi. Kat suratkhabar kata API dah makin baik tapi aku tengok jerubu makin teruk. Pemandangan Gunung Pulai yang hijau dan berkabus tu, dah lebih 2 minggu aku tak nampak. Itu kata semakin baik? Banyak peristiwa dalam akhbar menyakitkan hati kebelakangan ini terutama kes2 salahguna kuasa dan kedudukan. Tu ADUN Klang, boleh buat rumah banglo 5 juta tanpa kebenaran. Patut robohkan je. Dengar khabar, setakat denda 5 ribu. apakah nilai 5 ribu dengan harga rumah 5 juta. Orang bodoh seperti aku pun faham undang2 jugak. Dua, kes senator yang klon AP. Kata siasatan dah selesai tapi AG kata masih tak boleh nak dakwa. Tak cukup lengkap. Senator dan anaknya terang2 kata tak bersalah. Konon ada orang lain palsukan tandatangan dan guna nama syarikat dia. Bawaklah ke mahkamah, tengok langit tu tinggi ke rendah..

Kes2 Mat rempit berlumba, bergaduh, langgar orang, bunuh orang makin menjadi-jadi sekarang. Puncanya mungkin sebab filem REMP IT arahan Ahmad Idham yang mencatat kutipan tertinggi selepas Sembilu. Baguslah tu. Budak2 kampung semua sekarang dah sibuk nak jadi jantan dengan merempit di jalan. Anak sedara aku baru umur 10 tahun pun dah sibuk belajar bawak motor.

Semalam aku tengok DVD LORD OF WAR lakonan Nicholas Cage. Katanya berdasarkan kisah benar seorang pengedar senjata "legal" yang menjual semua jenis senjata kepada sesiapa sahaja. Prinsipnya senang je. Sapa nak beli, dia sedia menjualnya tak kira apa bangsa dan apa tujuan. yang penting untung. Kononnya, satu je yang dia tak nak berniaga: Osama Laden. Dia selalu bagi cek tendang. Walaupun cerita ni memang ganas dan brutal, tapi itulah hakikat dunia sekarang. Yang berkuasa guna senjata untuk menindas yang tak bersenjata. Yang membekal senjata menjual senjata kepada kedua2 belah pihak yang berperang kerana ia satu perniagaan yang sangat menguntungkan. Tahu siapa pembekal utama senjata dunia? Itulah Polis Dunia, Amerika Syarikat. Aku dah tak boleh nak kata apa dah..

12 October 2006

Masuk hari ini dah 19 hari kita berpuasa. Maksudnya dah 2/3 Ramadan meninggalkan kita. Begitu cepat masa berlalu. Padanlah seluar lama2 aku dah boleh pakai. Berat badan dah turun 2 kilo rupanya.

Semalam, aku tak masuk klinik. Aku suruh member gantikan. Pagi Rabu pergi shopping kat Jaya Jusco Tmn U. Syok betul sebab tak ramai orang. Tak payah nak beratur panjang2, tak payah nak berebut2 cari parking. Diam tak diam hampir 300 terbang beli baju anak2 dan barang2 dapur. Itupun masih tak cukup lagi kata bini aku. Mampus aku..

10 October 2006



Dah lama tak mencatat dalam blog usangku ini. Selain dari sibuk, susah betul nak masuk dalam ruangan blogspot ni. walaupun pakai streamyx, masih lambat receptionnya.

Macam tak caya, 2 minggu lepas aku dapat Estima yang ku idam2kan tu. entah mimpi apa ntah. Lepas 2 minggu recce banyak kedai sekitar JB, akhirnya kereta pertama yang aku tengok kat Kg Pasir yang jadi pilihan hatiku. Tak tidur malam dibuatnya. Sapa2 tanya raya ni buat Open House tak? senang je aku jawab, tahun ni nak berjalan2 pergi rumah orang je sambil menayang kereta baruku. Kat rumah, kuih takda, langsir pakai yang lama, dinding tak bercat baru, semua gara2 Estima baru itu..

Cuaca di JB seminggu dua ni malap je. Wak-wak Indon memang tak reti bahasa. Asyik nak membakar je. Tapi ada bagusnya. Bukan kita mengharap orang sakit, tapi cuaca sebegini ramai betul yang sakit tekak, sakit mata, batuk, demam,..murah rezeki. Boleh cover balik duit raya yang dah terpakai buat beli Estima dulu.

Minggu lepas, aku ada satu pesakit. Dah tua dah, umur lebih 60 tahun. Anak ada sepuluh. Dalam 2 bulan kebelakangan ini dia jadi pendiam, sakit2 badan, hilang selera makan dan makin kurus dah. Dia pergi berubat sana sini tapi masih tak baik2. Jiran dia recommend suruh jumpa aku. Satu badan aku check, semua normal. Aku rasa mungkin masalah dalaman atau mental. Tanya punya tanya, setiap kali dia bercerita pasal anak bongsu dia, dia jadi sebak. Isteri dia tak nak mengaku ada masalah keluarga, dia kata anak2 semua baik2 belaka. Aku suruh isteri dia keluar dan tinggal pakcik tu sorang2. Habis kisah satu kampung dia cerita kat aku.

Rupa2nya dia makan hati sebab anak perempuan kesayangan dia kahwin baru2 ini. Dia ada ijazah master. tapi kahwin dengan polis pangkat konstabel je. Lepas kahwin terus bawak anak dia ke KL. Dia cakap hantaran mas kahwin bayar pakai check je. Tu yang dia malu dengan orang2 kampung.. Entahlah pakcik. Saya bukan pakar kaunseling..