19 January 2007

Hari ini nak cerita pasal ubat metadone. Ubat untuk buang gian. Dulu masa aku mula bukak klinik, aku memang tak berminat untuk simpan ubat bagi buang gian ni. Melecehkan. Satu hari kawan lama aku masa sekolah menengah dulu datang jumpa aku. Aku dah lama tahu kisah hidup dia. Dia kata dia dah HIV positif. Nampak frust gila sebab dia tahu hidup tak lama. Tu yang makin teruk giannya. Dia merayu sangat2 kat aku mintak tolong carikan ubat. Dah macam2 tempat dan macam2 ubat dia makan tapi masih teringat kat benda kejadah tu.

Dulu masa sama2 sekolah dulu dia memang hero. Anak bongsulah katakan. Orang lain pergi sekolah jalan kaki, dia pergi naik motosikal. Bapa dia belikan untuk dia. Orang lain pegi sekolah bawak buku teks, dia bawak buku tulis je. buku teks pinjam kat kelas sebelah. orang lain belajar, dia sibuk main bola. siap wakil daerah lagi. itu cerita dululah.

sebab kesian kat dia aku cuba dapatkan metadone untuk dia. ini ubat baru. kalau beli sikit, harganya mahal nak mampus. tapi kawan punya pasal, aku beli jugak. memang tak ambik untung punya bila jual kat dia. masalahnya ubat ni mat gian disuruh makan depan kita kat klinik. lepas tu sain buku. macam makan ubat TBlah.. leceh betul. kawan punya pasal aku ubah cara makan. lagipun dia duduk jauh. susah nak datang klinik tiap2 hari. alhamdulilah, dia banyak menunjukkan perubahan lepas tu. selepas 2 minggu dia nampak makin ceria dan badan makin berisi. lepas tu hampir 2 minggu dia tak datang. Satu hari tu emak dia datang, dia kata kawan masuk hospital. doktor suspect TB. Kawan kirim salam, mintak tolong emak ambikkan ubat biasa dia. Kesian sungguh aku kat emak dia. teringat kat emak aku pulak. Kalau aku masih sihat dan boleh menjaga emak aku tapi kawan aku terbalik pulak. emak dia yang kena jaga dia..
Selepas tu aku makin jarang jumpa dia. Dia kata sibuk sebab kena pergi klinik kesihatan hari2 untuk makan ubat.

Kali terakhir aku jumpa dia kira2 2 bulan lepas. Badan makin kurus dan dah ada tanda2 akhir hidup dia. Dia siap mintak maaf dengan aku dan mintak halal mana2 yang terhutang. Sedih pulak aku mendengarnya. Dua hari lepas, aku dapat berita. Kawan dah meninggal dunia....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home