10 November 2006

Selain dari pesakit, ada 3 kumpulan manusia yang selalu datang berjumpa dengan aku. 3 kumpulan ini selalu memeningkan kepala aku. Selain tak reti bahasa bila aku kata TAK NAK, mereka masih nak membuang masa aku walaupun patient aku dah berderet2 menunggu.
1. Agen insuran.
2. Direct Selling.
3. Minta derma.

Agen insuran biasanya lebih pro dan menghormati kita. Kalau kita kata sibuk atau tak berminat mereka terima. Yang direct selling ni yang pening sikit. Biasanya yang datang tu orang2 baru yang tengah kemaruk nak mencari downline. Produk entah apa2 ntah. Air elektronik, Colostrum, ubat ajaib dari Amerika, Madu Raja, Krorofil, Alfafa, Lampu ajaib, dan banyak lagi produk2 yang kononnya sangat mujarab untuk menyembuh penyakit. Sampai ke tuala wanita pun boleh mencegah kanser, boleh lekat kat dahi kalau anak demam itu apa kejadahnya. Mereka nak doktor masuk dalam downline mereka dan lepas tu jaja nama kita kata doktor sekian2 ada pakai produk mereka. Silap2 hb nama kita masuk dalam iklan mereka. Mampus kalau MMC tahu.

Aku ada seorang kawan. Doktor jugak. La ni dah tak jaga klinik dah. Dah sibuk dengan Transfer Factor. Berapa kali ajak aku join sama tapi aku kata aku tak berminat. Satu botol 60 biji harga dah 200 lebih. Awal tahun ini aku nampak nama dan gambar dia dalam suratkhabar. Dia dah no 4 dalam ranking. Pendapatan 20K sebulan. Aku kalau nak kaya pun bukan itu caranya. Itu bukan caraku. Biarlah..

Sekarang ni mana2 orang yang nak jumpa aku, mesti register. Mesti tunjuk IC. Kalau setakat cakap kawan lama, ada hal sikit, ada buat appointment, aku memang malas nak jumpa. Apatahlagi sekarang ni, orang nak buat jahat bukannya datang bawak parang atau pisau sahaja. Yang pakai tie, bawak anak2 kecik2, yang lawa2, pun 2 kali 5 juga. Aku pernah sekali terkena dulu.

Suatu petang, satu keluarga datang klinik aku. 2 perempuan pertengahan umur, seorang lelaki tua, seorang budak umur 3 tahun dan seorang budak lelaki umur belasan tahun. Masa register nama dan alamat pakai agak2 je. IC pun tak tunjuk. Mereka teragak2 bila tanya alamat rumah. Masa masuk bilik aku, lelaki tu memang mabuk. Bau arak kuat betul. Seboleh2nya suruh aku check perut dia. Dalam aku sibuk check dia, budak kecik dia sibuk bukak pintu sana, lari sana, lari sini; budak lelaki yang satu lagi hilang ntah kemana. Lepas 10min lelaki tu masih sibuk bercerita macam2. Orang mabuklah katakan. Perempuan yang pertengahan umur dah keluar, dia masih tak nak keluar. Siap kena tarik lagi dengan sedaranya. Mereka terus keluar tanpa ucap terima kasih, tanpa ambik ubat dan tanpa tanya bayaran. Rupa2nya mereka dah selongkar laci meja aku. Dompet aku dan PDA aku hilang. Walaupun dalam tu duit cuma ada 50 ringgit je, aku hilang IC, Lesen memandu, kad kredit, kad ATM dan keyakinanku terhadap satu bangsa.
Selama seminggu selepas tu aku kena tinggalkan klinik aku, semata2 untuk buat lesen baru, IC baru, pergi ke balai polis....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home