Sejak akhir-akhir ini ramai pesakit datang klinik aku untuk scan baby. Kebanyakannya datang dari Pusat2 Kesihatan. Nak kata mesin scan takda mustahillah. "Doktor sana suruh scan kat private dan nak print gambarnya". Doktor sana kata dia ramai pesakit, tak sempat nak scan. Pada pendapat aku itu alasan paling tak munasabah. Kebanyakkan yang nak scan pun semuanya tak bermasalah. Datang klinik pagi, kad merah dia pegang. "Lepas pukul dua kakak datang lagi ya, bawah gambar scan. Doktor nak tengok" Itu pesan misi klinik kerajaan. Macam kena paksa je. Aku tak rugi apa2 lah cuma kesian kat patient. " Takpa kak, nanti saya kasi resit. Kakak boleh claim balik kat doktor tu. " Kalau tak boleh kakak claimlah kat husband kakak"...
Pusat2 Kesihatan sekitar daerah aku ini diurus oleh doktor2 relief. Doktor yang incharged, dua2 on maternity leave. Hospital pun sama. Ada 4 doktor, semuanya perempuan. Banyak juga cerita2 yang sampai ketelinga aku pasal layanan kat hospital. Patient yang rujuk kepada mereka ditendang sana sini. Yang aku tak sedap dengar ialah sakit macam ini pun nak refer hospital. Bukannya teruk sangat pun. Kalau refer specialist lain pulak ceritanya. Sakit sikit je, semua test dibuatnya. Lepas tu bagi antibiotik kaw kaw punya. Pening2...
02 November 2006
hidup hanya sekali. hidup hanya sementara. hidup bukan sekadar mengumpul harta. hidup perlu beramal. hidup perlu pengorbanan.
Previous Posts
- Famili aku sekarang tengah gila tengok telenovela ...
- Meluat betul aku tengok berita TV3 dan baca paper ...
- Semalam aku mula bekerja semula selepas seminggu ...
- Hari ini hari terakhir Ramadan. Esok dah Idul Fitr...
- Patient 1:21 years old man came to my clinic with ...
- Cuaca di Johor makin malap. Index API mencecah 130...
- Inilah anak2ku. Yang sulung namanya Erin Henry,dah...
- Hari Jumaat. Klinik sejuk sikit hari ini. Cuaca pu...
- Masuk hari ini dah 19 hari kita berpuasa. Maksudny...
- Dah lama tak mencatat dalam blog usangku ini. Sela...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home