01 November 2006


Meluat betul aku tengok berita TV3 dan baca paper hari ini. Semuanya gara2 Datuk Z. Depan sultan mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan. Semalam masa buat sidang akhbar lain pulak ceritanya. Sultan dah terima banyak aduan dari masyarakat setempat mengata itu ini tentang perangai dia, takkanlah rakyat nak buat fitnah dekat Sultan. Alih2 dia tak mengaku salah. Semuanya angkara pembangkang, salah arkiteklah, feng shui tak betul lah. Yang lain semua salah tapi dia tak salah. Dia orang baik dan alim, tolong ramai orang, tolong orang miskin,.. Apa kejadahnya kaitan pembangkang dengan istana yang kau bina. Dia pun dah mengaku dulu muda2 kerja jadi buruh je dengan KTM. Sekarang dah kaya raya dan boleh kumpul duit juta2 buat istana. Aku bukan irihati jauh sekali nak fitnah. Tapi tak patut2lah nak menunjuk dan mengumpul kekayaan sebegitu. Depan kamera, ambik air sembahyang, bersembahyang, menangis konon dah insaf tapi tu semua lakonan politik je. Kata istana yang nak dibina tu ada surau dan nak jadikan pusat komuniti untuk rakyat setempat. Juak2nya pulak tunjuk gambar rumah orang2 miskin yang pernah ditolongnya. Nak muntah aku..Aku nak tunggu apa tindakan UMNO sekarang. Kalau Sang Kelembai boleh kena gantung sebab mengutuk Pak Lah, Datuk Z sepatutnya menerima nasib yang lebih teruk. Beliau telah memalukan dan mengaibkan bangsa melayu.

Pagi tadi sempat gak aku tengok Chelsea main dengan Barcelona. Dalam masa kecederaan Drogba masih sempat score sebijik untuk kedudukan 2-2. Tapi tengok mereka main macam main wayang pulak. Sikit2 jatuh tergolek, lepas tu berlakon sakit macam nak hilang nyawa. Kelam kabut pengadil dibuatnya. A. Cole boleh dapat kad kuning 2 kali tapi tak dapat kad merah pulak. Pengadil kata yang pertama tersilap bagi.. Yalah tu..Aku bukan sokong sangat Chelsea tapi berbanding team Sepanyol, baik aku sokong team England. Esok pagi, Man U dan Arsenal main. Anak aku minat sangat kat Arsenal. Dia tengah exam akhir tahun sekarang ni. Jangan haraplah bini aku nak kasi dia bangun pagi2.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home