13 October 2006

Hari Jumaat. Klinik sejuk sikit hari ini. Cuaca pun masih malap lagi. Kat suratkhabar kata API dah makin baik tapi aku tengok jerubu makin teruk. Pemandangan Gunung Pulai yang hijau dan berkabus tu, dah lebih 2 minggu aku tak nampak. Itu kata semakin baik? Banyak peristiwa dalam akhbar menyakitkan hati kebelakangan ini terutama kes2 salahguna kuasa dan kedudukan. Tu ADUN Klang, boleh buat rumah banglo 5 juta tanpa kebenaran. Patut robohkan je. Dengar khabar, setakat denda 5 ribu. apakah nilai 5 ribu dengan harga rumah 5 juta. Orang bodoh seperti aku pun faham undang2 jugak. Dua, kes senator yang klon AP. Kata siasatan dah selesai tapi AG kata masih tak boleh nak dakwa. Tak cukup lengkap. Senator dan anaknya terang2 kata tak bersalah. Konon ada orang lain palsukan tandatangan dan guna nama syarikat dia. Bawaklah ke mahkamah, tengok langit tu tinggi ke rendah..

Kes2 Mat rempit berlumba, bergaduh, langgar orang, bunuh orang makin menjadi-jadi sekarang. Puncanya mungkin sebab filem REMP IT arahan Ahmad Idham yang mencatat kutipan tertinggi selepas Sembilu. Baguslah tu. Budak2 kampung semua sekarang dah sibuk nak jadi jantan dengan merempit di jalan. Anak sedara aku baru umur 10 tahun pun dah sibuk belajar bawak motor.

Semalam aku tengok DVD LORD OF WAR lakonan Nicholas Cage. Katanya berdasarkan kisah benar seorang pengedar senjata "legal" yang menjual semua jenis senjata kepada sesiapa sahaja. Prinsipnya senang je. Sapa nak beli, dia sedia menjualnya tak kira apa bangsa dan apa tujuan. yang penting untung. Kononnya, satu je yang dia tak nak berniaga: Osama Laden. Dia selalu bagi cek tendang. Walaupun cerita ni memang ganas dan brutal, tapi itulah hakikat dunia sekarang. Yang berkuasa guna senjata untuk menindas yang tak bersenjata. Yang membekal senjata menjual senjata kepada kedua2 belah pihak yang berperang kerana ia satu perniagaan yang sangat menguntungkan. Tahu siapa pembekal utama senjata dunia? Itulah Polis Dunia, Amerika Syarikat. Aku dah tak boleh nak kata apa dah..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home