29 August 2006


Apa agaknya nak jadi dengan dunia sekarang? dalam sibuk dengan kenaikan harga2 barang, perang di Lubnan, jerubu, jenayah yang semakin meningkat,..kita masih sibuk dengan dunia glamour dan seronok2 para artis kita. apa faedahnya TV3 menayang secara langsung persanding CT dengan DatuK, apa pula faedahnya RTM1 dan Astro menayangkan temubual ekslusif MAWI dan bekas tunangnya itu? kalau sekadar untuk hiburan dan menjadi bahan2 gossip dan bualan di pejabat2, kedai2 kopi, hentikanlah. Itulah resam hidup kita. Suka kepada hiburan dan perkara2 yang melalaikan. Tengok suratkhabar Harian Metro dan KOSMO. Laris sebab selalu mensensasikan berita kahwin cerai artis2 kita.

Rasanya, ibubapa sekarang lebih suka anaknya pandai menyanyi dan menari berbanding pandai menghafal sifir dan teori2 matematik. Ibubapa sekarang seronok sangat melihat anak2 mereka memekik melolong, terkinja2 di atas pentas hiburan dengan memasuki program2 realiti tv untuk berjaya sebagai seorang artis. Ada ibubapa yang sanggup berhabis ribuan ringgit menghantar SMS untuk mengelak anak dari keluar dari Aka demi Fantasia. Adakah itu wajar?

Isteri saya seorang guru. Setiap tahun, hampir satu kelas daripada keseluruhan murid darjah enam yang mengambil UPSR, masih gagal membaca dan menulis. Siapa yang patut dipersalah? Guru atau ibubapa?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home