19 January 2007

Hari ini nak cerita pasal ubat metadone. Ubat untuk buang gian. Dulu masa aku mula bukak klinik, aku memang tak berminat untuk simpan ubat bagi buang gian ni. Melecehkan. Satu hari kawan lama aku masa sekolah menengah dulu datang jumpa aku. Aku dah lama tahu kisah hidup dia. Dia kata dia dah HIV positif. Nampak frust gila sebab dia tahu hidup tak lama. Tu yang makin teruk giannya. Dia merayu sangat2 kat aku mintak tolong carikan ubat. Dah macam2 tempat dan macam2 ubat dia makan tapi masih teringat kat benda kejadah tu.

Dulu masa sama2 sekolah dulu dia memang hero. Anak bongsulah katakan. Orang lain pergi sekolah jalan kaki, dia pergi naik motosikal. Bapa dia belikan untuk dia. Orang lain pegi sekolah bawak buku teks, dia bawak buku tulis je. buku teks pinjam kat kelas sebelah. orang lain belajar, dia sibuk main bola. siap wakil daerah lagi. itu cerita dululah.

sebab kesian kat dia aku cuba dapatkan metadone untuk dia. ini ubat baru. kalau beli sikit, harganya mahal nak mampus. tapi kawan punya pasal, aku beli jugak. memang tak ambik untung punya bila jual kat dia. masalahnya ubat ni mat gian disuruh makan depan kita kat klinik. lepas tu sain buku. macam makan ubat TBlah.. leceh betul. kawan punya pasal aku ubah cara makan. lagipun dia duduk jauh. susah nak datang klinik tiap2 hari. alhamdulilah, dia banyak menunjukkan perubahan lepas tu. selepas 2 minggu dia nampak makin ceria dan badan makin berisi. lepas tu hampir 2 minggu dia tak datang. Satu hari tu emak dia datang, dia kata kawan masuk hospital. doktor suspect TB. Kawan kirim salam, mintak tolong emak ambikkan ubat biasa dia. Kesian sungguh aku kat emak dia. teringat kat emak aku pulak. Kalau aku masih sihat dan boleh menjaga emak aku tapi kawan aku terbalik pulak. emak dia yang kena jaga dia..
Selepas tu aku makin jarang jumpa dia. Dia kata sibuk sebab kena pergi klinik kesihatan hari2 untuk makan ubat.

Kali terakhir aku jumpa dia kira2 2 bulan lepas. Badan makin kurus dan dah ada tanda2 akhir hidup dia. Dia siap mintak maaf dengan aku dan mintak halal mana2 yang terhutang. Sedih pulak aku mendengarnya. Dua hari lepas, aku dapat berita. Kawan dah meninggal dunia....

08 January 2007



Selamat Menyambut Tahun Baru 2007! Mungkin agak terlewat dah tapi apa nak buat. Gempabumi yang melanda Taiwan tempohari menyebabkan aku kehilangan laluan ke internet.

Penghujung tahun 2006 merupakan hari2 yang sangat memenatkan dalam hidupku. Serangan dari warga2 asing untuk memperbaharui permit diklinikku sungguh luarbiasa. Hampir 600 orang sepanjang bulan Disember menyebabkan kuotaku dah kehabisan. Waktu rehat tengahari, waktu rehat petang aku terus2an bekerja. Selain mengambil sampel darah, aku kena masukkan data dalam internet jugak. Majikan2 asyik lak telefon, semua nak cepat je. Tapi pada 20-21 hingga 25 Disember aku pergi bercuti. Member baik aku tolong jagakan klinik. Itupun phone masih gak berdering2. Macam2 masalah klinik yang mintak aku selesaikan..

Aku pergi bercuti di Seremban, Putrajaya dan Nilai. Entah kenapa famili aku kalau bercuti suka tempat2 yang boleh shopping dan membeli-belah. Masa pergi jalan semua OK. Sampai kat hotel, terima banjir besar di Johor makin teruk. klinik member di Kota Tinggi air naik sampai siling. Hati mula tak tenteram dah. Masa balik jalan antara Tangkak dan Pagoh ditutup separuh sebab berlubang2. So jammed...

20 December 2006

Johor dilanda banjir. Semalam hujan lebat 24 jam. 35 cm hujan dalam satu hari, banjir paling buruk selepas 100 tahun. Dengar kabar bandar Kota Tinggi, Segamat dan sekitar JB masih ditenggelami air. Jalan ke klinik dekat Indahpura sana pun ada tanah runtuh sikit. Tapi kereta masih boleh lalu. Pukul 7 semalam abang ipar aku call aku. Dia masih kat JB lagi. Tak boleh nak balik sebab jalan dah kena banjir. Tak boleh nak lalu. Nasib baik aku duduk kat sini je..

Esok aku bercuti dua hari. Jadi 5 hari bila sambung cuti Krismas. Bini aku kena ambik mc walaupun masih dalam cuti sekolah. Apa punya undang2 daa.. Kami nak ke Seremban seperti dicadangkan. Anak2 dah siap- sedia tak sabar2 nak makan angin. PAPA asyik kerja jee..

Rasanya kuota FOMEMA klinik dah ditambah. Setiap hari ada je warga asing yang datang. Kalau dapat tambah 100 orang lagi, lumayan tu..

18 December 2006

Hari ini bini aku dah kena start pergi sekolah. Mesyuarat panitia hari2 sampai hujung minggu ini. Pukul 8.30 start mesyuarat pukul 1 petang belum habis lagi. Masa aku jumpa bini aku pukul 2 dia baru selesai menangis. Ada yang tak kena lah tu...

Rupa2 nya dia kena sindir dengan gurubesar. Bini aku baru tahun ini pegang bilik SPBT. tahun sebelum tu satu cikgu anak dara pegang. Bilik tu ramai cikgu kata macam rumah hantu, gelap lagi tak ceria. Sistem fail dahlah tunggang langgang. Buku yang masuk, buku yang keluar, buku yang hilang memang takda rekod. Itupun takda sapa nak bising. Bila bini aku dilantik pegang bilik tu, senyap2 dia belajar dari cikgu2 sekolah lain. Pihak sekolah sikit pun tak ambik tahu. Bini aku keluar duit cat dinding, pasang langsir, pasang tikar getah, pasang skirting sambil updatekan fail2. Hujung tahun ini semuanya selesai. Memang lebih ceria berbanding dulu.

Tup2 masa mesyuarat, Gurubesar kata Bilik SPBT takda harapan nak menang. Bilik SPBT sekolah lama dia lagi cantik katanya. Gurubesar tu sepanjang pengetahuan bini aku tak pernah pun datang melawat, bertanya kabar, buat pemantauan fail2, tup2 dia kata macam tu. Setakat tengok dari luar je masa lalu nak ke kantin, boleh dia cakap macam tu..Tu yang bini aku menangis tak berkesudahan. Seolah2 penat-lelah dia takda orang hargai. Yang dipuji bebenar ialah bilik PRA Sekolah. Memanglah boleh jadi johan kalau cikgu satu, pembantu ada satu, cikgu training ada 4, murid2 cuma ada 26 orang. Pukul 11.30 murid2 dah balik. Peruntukan kerajaan pun banyak. Maksudnya memang berlebih2 masa untuk menceriakan bilik tu. Nak pasang mozek, ada peruntukan, nak peralatan senaman, ada peruntukan. Setakat kelas lawa dan ceria, tapi masuk darjah satu masih tak tahu baca, apa kejadahnya??

Bini aku selain kena jaga bilik SPBT, dia kena jaga murid Tahun 6. Matematik pulak tu. Kalau prestasi periksa penggal turun, kena menjawab kat PPD. Mereka bukannya memantau murid kat sekolah, yang ditengok peratus lulus je. Mesti nak meningkat. Murid pandai baca ke tidak, emak bapak ambik kisah ke tidak, itu mereka tak kisah. yang penting peratus naik.

Tahun ini tak seorang pun murid sekolah bini aku dapat 5A masa UPSR. Bini aku tak frust sebab dia dah cuba yang terbaik. Untuk Matematik prestasinya masih sekitar 85-90%. Masalah utama ialah gurubesarnya. Dalam sebulan cuma beberapa hari je ada kat sekolah. Selebihnya dia pergi sambung belajar kat KUITTHO. Pengurusan sekolah diserah pada penolongnya. Jaga murid2 macam anak2 sendiri. Jangan dimarah2 selalu. Tak buat kerja rumah, tak bawa buku, tak hafal sifir, jangan denda. Nasihat je. Nanti emak bapak datang sekolah, jadi kes susah pulak. Kalau dulu ada cikgu disiplin yang kehulu kehilir bawak rotan, sekarang tak lagi. Dulu gurubesar selalu buat spot check, tanya sifir kat murid2, sekarang tak lagi. Dulu gurubesar jumpa cikgu2 yang mengajar tahun enam tanya masalah, beri sokongan moral, beri bimbingan; sekarang tak lagi. Balik2 muhasabah diri, muhasabah diri. Itu je yang dia tahu cakapkan...

Sebenarnya gurubesar sekarang adalah cikgu kelas aku masa aku darjah enam dulu. Aku pernah jumpa dia sekali 3 bulan lepas. Dia masih ingat aku lagi. Bukan nak buruk2kan dia tapi dia masih macam tu jugak..

16 December 2006

Bengang betul aku dengan pentadbiran sekolah bini aku. Cuti sekolah bini aku nak pergi bercuti pun tak boleh. Kalau nak bercuti jugak kena ambik cuti rehat. Katanya, selepas 25hb dah kena ke sekolah. Hari2 sebelum tu bini aku ke sekolah, uruskan pinjaman buku teks, mengecat bilik SPBT yang berkarat, kelas tambahan untuk UPSR tahun depan tak kira ke? Yang bini aku lagi bengang, cikgu2 yang luar kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Perak, apatahlagi Sabah tak kena panggil ke sekolah pun...Patut kena datang sebab giliran mengajar kelas tambahan pun boleh tak datang dengan alasan emak kat kampung takda kawan..Bangang punya pentadbiran. Undang2 double standard.. La ni bini aku bawak anak2 bercuti kat sekolah. Siap bawak bola dan raket badminton lagi. Emak dia nak mengecat sampai petang.. Kesian anak2 aku.

Lagi satu bengang. Aku beli kereta Estima tempohari dengan cermin gelap sebelah belakang. Memang ori. Bukan tinted. Aku tanya beberapa kali kat salesrep tu, ni pass ke? Dia sungguh2 cakap denagn aku takda masalah. Kalau tak lulus macamana kastam, JPJ, PUspakom boleh kasi lepas. Tup2 kawan2 seEstima cakap tak lulus pulak. Nak kena tukar cermin cerah. Saman 300-500 ringgit. Bukan sikit duit tu. Nak tukar cermin, bukannya free. 2 ribu lebih.. Aku kalau kena tahan dengan JPJ ke, aku nak cakap: ENCIK. MASA SAYA DAPAT KERETA DULU, ITULAH KERETANYA SEKARANG. TAKDA TUKAR APA2. MINYAK HITAM DAN OIL FILTER YANG DAH TUKAR. YANG LAIN2 TERMASUK CERMIN HITAM TU MEMANG ITULAH YANG ASAL. KALAU ENCIK KATA SALAH, SAYA MEMANG SANGAT SEDIH DENGAN KERAJAAN. DAHLAH HUJUNG TAHUN NI NAK BAYAR YURAN SEKOLAH ANAK2, BAJU SEKOLAH LAGI, DENGAR KATA TOL NAK NAIK, TAMBANG SEKOLAH PUN NAK NAIK, KALAU SAYA BOLEH TUKAR CERMIN TU FREE , SEKARANG JUGA SAYA PERGI. TAPI KALAU 2-3 RIBU, MANA SAYA MAMPU SEKARANG NI ENCIK. KALAU ENCIK NAK SAMAN SAYA SEKARANG, NAMPAKNYA TARGET NAK BELI BAJU SEKOLAH SEORANG 2 PASANG, TINGGAL SEPASANG AJELAH..

Aku memang cukup sedih sekarang. walaupun rezeki bertambah, tapi beban sara hidup berkali ganda tambahnya. Bulan lepas aku dapat surat dari lawyer. Rumah yang aku beli 3 tahun dulu dah pecah geran. Mereka mintak 2100 ringgit untuk keluarkan geran. Lawyer dari bank pulak mintak 700 untuk bukak fail. Geram betul aku. upah cari fail 50 ringgit, upah photostat 50 ringgit dan miscellaneous 50 ringgit. tu bukan ke mencekik rakyat marhaen seperti aku? Dulu masa beli rumah tak cakap pun ada bayaran2 camni? Inilah kerajaan kita sekarang. BUang duit bermillion untuk buat Moonsoon Cup kat Terengganu setiap tahun. Lepas tu berbillion lagi terpaksa dibayar untuk menyelamatkan projek2 kera jaan yang gagal seperti MAS, PUTRA-LRT, IWK,... tu duit kita tu. Hasil titik peluh dan usaha kita bekerja siang malam. Senang2 je bagi kat orang2 UMNOputra yang berlagak pandai berniaga... Kakitangan kera jaan mintak naik gaji 40% pun kera jaan buat dek je, takda duit katanya. Tu tol nak naik 40-60% tahun depan boleh pulak. Konon kalau tol tak naik, kera jaan terpaksa bayar subsidi untuk syarikat2 pembuat jalan tu berbillion2. Sapa yang buat perjanjian berat sebelah tu? Sapa pemunya syarikat2 pembuat jalan tu? Pusing2 ke kera jaan jugak. pusing2 ke kaum kerabat UMNO putra jugak. Sedih betul sebab rasa diperbodoh2kan sangat2..

15 December 2006

Lama tak mencatat. Sibuk gila. FOMEMA punya hallah. Dalam 3 minggu yang lepas, dia hantar 500 orang warga asing ke klinik aku. Dah jadi macam pasar klinik aku. Nasib baik bayarannya lumayan..
Kereta kat sebelah ni kereta idaman aku. Kalau Estima tu idaman bini aku, ini baru betul kereta pujaan hatiku. Gila babi punya solid. Luar dan dalam. Kalau tiap tahun aku dapat habiskan kuota FOMEMA aku, merasa aku pakai hujung tahun depan. InsyaAllah.

2006 semakin hampir ke penghujung. Ke klinik pun dah makin malas dah. Apatahlagi asyik kena auta dengan pesakit2 je. Berlakon bukan main baik punya..Siap ada sound effect lagi. 'Berapa kali dah buang2 air hari ini? Tak terkira doktor...' Lepas dapat MC siap boleh dating lagi kat kedai mamak. Dia ingat aku tak tahu gaknya. 10 tahun kerja jadi doktor beb. Tak kanlah bengap sangat aku. Aku kalau patient nak mc, aku memang tanya macam2. Kalau dia kata semuanya sakit. sakit perut; ya. muntah; ya. tapi malam tadi je. sekarang dah kurang. Demam: ya. tapi sikit je. pening; ya. tapi sekejap je tadi. Selain bagi mc, semua jenis ubat aku kasi. aku charged cukup2. Lain kali datang, cirit birit je. Yang lain2 takda. So, boleh kerja aaa??

Minggu depan aku nak bercuti. Dah confirmed bilik kat hotel di Seremban. Mula2 aku ada tanya hotel2 kat PD. Semua dah full. Tu yang lari ke Seremban tu. Bukan apa. Akhir bulan 11 yang lepas, UlangTahun Perkahwinan aku yang ke 10. Seremban lah tempat aku selalu berdating dulu. Kira macam mengimbau kenangan lamalah. Tapi kali ini dah kena bawak anak 3 orang dah.. Tu yang kurang best tu..Cadangnya nak ke Putrajaya, Nilai 3, Alamanda,etc..

Minggu lepas aku bawak anak2 jalan2 ke Tebrau City. Mula2 saja jalan2 lepas tu terpandang pulak poster Cicakman. So, terpaksalah mengalah dengan anak2. Terbang 40 ringgit semata2 nak tengok Apek jadi superhero. Jalan cerita ok walaupun banyak ceduk idea filem2 barat. Kira kreatif jugak orang2 Malaysia nih. Tapi aku meluat tengok Aznil. Ketawa dia menjengkelkan.. Adlin dan AC bagus. Aku suka tengok mereka. AC cakap macam robot, hobi kumpul setem. Adlin pulak langsung tak boleh cakap. Main bahasa isyarat je. itu pun hanya Ac yang paham untuk tolong translate kan. Apek dan Yusry biasa aje.

Hari ini penutup Sukan Asia ke 15. Malaysia cuma dapat 8 emas je walaupun target 9. Dua terlepas dari gengaman iaitu Sazali dan Josiah. Frust betul aku. Tapi badminton double lelaki dan Bowling wanita aku respect habis. Tunggulah apa komen suratkhabar esok tentang prestasi team Malaysia. Sepatutnya bolasepak tak payah hantarlah. Dahlah team ramai, satu hapa pun tak dapat. Malu adalah..Buang duit rakyat je...

17 November 2006

Perhimpunan Umno berakhir hari ini. Entah apa yang dibincang aku pun tak kisah. Yang aku tahu, semua menyokong kepimpinan Pak Lah. Semua yang diatas pentas, berdiri teguh disebelah Pak Lah. Yang kat bawah pentas dan luar PWTC tak tahulah. Buatlah pilihanraya umum dan kita tengok jawapannya. Rasanya takda isu2 besar yang berani dikeluarkan. Soalan2 Tun M masih takda jawapan. Balik2 menakut2kan orang melayu supaya bersatu dibawah payung UMNO. Kalau tidak bangsa lain akan jadi lebih berani. Apa faedah cakap berapi2 sambil hunus keris. Kita bukan nak pergi perang pun. Zaman dah moden. Penjajahan bukan dalam bentuk perang senjata sahaja. Lebih baik bercerita pasal sikap orang melayu yang masih mengharap subsidi kerajaan, kontrak2 kerajaan. Mereka tak berminat untuk memajukan diri sendiri dengan melebihkan usaha. Mereka hanya berusaha untuk dapat jawatan dalam politik Lepas tu lobi sana, lobi sini untuk dapat kontrak itu ini. Bila dah kaya lupa daratan. Kalau dulu tukang jaga gate keretapi sekarang dah ada istana besar. Undang2 dunia dah tak hirau. Aku dah kaya. Aku dah ada kuasa. Kau peduli apa.
Banyak lagi isu2 besar tak dibangkit. Nasib akhbar NST, penjualan saham ECM Libra, penjualan Pantai Holding, SJER, gejala sosial, mana dia? yang disibuk nak cuti bersalin 90 hari. Zaman makin moden, nak bersalin dah makin senang. Apa kejadahnya cuti sampai 3 bulan? Orang cina seminggu lepas bersalin dah boleh pakai seluar jeans. Boleh jaga kedai dah...Isu2 seks jadi bahan senda gurau. Takda modal lain ke?? Biar lembik tapi masuk perlahan2 ada rasa, kilang dah tutup tapi operasi masih berjalan. Itu apa maknanya tu.. Tukarlah semua yang kat atas pentas tu. Ganti orang2 muda yang ada wawasan dan lebih ilmunya..Biar respect sikit orang luar kat kita.