15 December 2006

Lama tak mencatat. Sibuk gila. FOMEMA punya hallah. Dalam 3 minggu yang lepas, dia hantar 500 orang warga asing ke klinik aku. Dah jadi macam pasar klinik aku. Nasib baik bayarannya lumayan..
Kereta kat sebelah ni kereta idaman aku. Kalau Estima tu idaman bini aku, ini baru betul kereta pujaan hatiku. Gila babi punya solid. Luar dan dalam. Kalau tiap tahun aku dapat habiskan kuota FOMEMA aku, merasa aku pakai hujung tahun depan. InsyaAllah.

2006 semakin hampir ke penghujung. Ke klinik pun dah makin malas dah. Apatahlagi asyik kena auta dengan pesakit2 je. Berlakon bukan main baik punya..Siap ada sound effect lagi. 'Berapa kali dah buang2 air hari ini? Tak terkira doktor...' Lepas dapat MC siap boleh dating lagi kat kedai mamak. Dia ingat aku tak tahu gaknya. 10 tahun kerja jadi doktor beb. Tak kanlah bengap sangat aku. Aku kalau patient nak mc, aku memang tanya macam2. Kalau dia kata semuanya sakit. sakit perut; ya. muntah; ya. tapi malam tadi je. sekarang dah kurang. Demam: ya. tapi sikit je. pening; ya. tapi sekejap je tadi. Selain bagi mc, semua jenis ubat aku kasi. aku charged cukup2. Lain kali datang, cirit birit je. Yang lain2 takda. So, boleh kerja aaa??

Minggu depan aku nak bercuti. Dah confirmed bilik kat hotel di Seremban. Mula2 aku ada tanya hotel2 kat PD. Semua dah full. Tu yang lari ke Seremban tu. Bukan apa. Akhir bulan 11 yang lepas, UlangTahun Perkahwinan aku yang ke 10. Seremban lah tempat aku selalu berdating dulu. Kira macam mengimbau kenangan lamalah. Tapi kali ini dah kena bawak anak 3 orang dah.. Tu yang kurang best tu..Cadangnya nak ke Putrajaya, Nilai 3, Alamanda,etc..

Minggu lepas aku bawak anak2 jalan2 ke Tebrau City. Mula2 saja jalan2 lepas tu terpandang pulak poster Cicakman. So, terpaksalah mengalah dengan anak2. Terbang 40 ringgit semata2 nak tengok Apek jadi superhero. Jalan cerita ok walaupun banyak ceduk idea filem2 barat. Kira kreatif jugak orang2 Malaysia nih. Tapi aku meluat tengok Aznil. Ketawa dia menjengkelkan.. Adlin dan AC bagus. Aku suka tengok mereka. AC cakap macam robot, hobi kumpul setem. Adlin pulak langsung tak boleh cakap. Main bahasa isyarat je. itu pun hanya Ac yang paham untuk tolong translate kan. Apek dan Yusry biasa aje.

Hari ini penutup Sukan Asia ke 15. Malaysia cuma dapat 8 emas je walaupun target 9. Dua terlepas dari gengaman iaitu Sazali dan Josiah. Frust betul aku. Tapi badminton double lelaki dan Bowling wanita aku respect habis. Tunggulah apa komen suratkhabar esok tentang prestasi team Malaysia. Sepatutnya bolasepak tak payah hantarlah. Dahlah team ramai, satu hapa pun tak dapat. Malu adalah..Buang duit rakyat je...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home