31 October 2006

Semalam aku mula bekerja semula selepas seminggu bercuti sakan. Ramai betul yang menunggu aku bukak kedai. Macam2 hal. Yang nak berkhatan, yang nak scan baby, nak beli ubat kurus, ubat buang gian..satu makcik dari Taib Andak dah sakit sejak raya tempohari. 3 kali datang klinik nak jumpa aku.Kesian betul aku.

Seperti dijangka, tahun ini raya sungguh warna warni. Semua tempat yang rancang nak pergi, aku dapat pergi termasuk menziarah kubur nenek aku. Kalau tahun2 lepas aku sembahyang raya atas kaki lima, tahun ini aku duduk saf ketiga belakang imam. Pukul 7.40 pagi dah sampai mesjid you! Naik kebas buntut aku bersila sambil bertakbir raya.. Lepas sembahyang, aku bermaaf2an dengan emak dan abah. Adik-beradik aku semua ada kecuali seorang yang kerja atas kapal tak dapat nak balik. Aku hantar SMS pun tak balas.

Ingat kes Tun M dan Pak Lah selesai selepas perjumpaan tempohari, rupa2nya lain pulak jadinya. Teruk betul Tun M kena belasah dengan tukang2 kipas dan pecacai2 Pak Lah. Aku nak muak baca suratkhabar dan berita TV3. Kalau PM tak boleh kena tegur apa kejadahnya demokrasi terpimpin. Tukar ajelah jadi diktator. Sultan Johor yang jarang terlibat dalam politik pun terpalit sama. Itulah resam dunia. Dulu Anwar Ibrahim, sekarang giliran Tun M pulak. Dunia politik ni macam gusti WWF. Sekejap jadi kawan, lepas tu jadi lawan, lepas tu baik semula. Tuhan tu kan maha adil. Sebagaimana Tun M membusukkan Anwar kini giliran beliau pulak.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home