07 September 2006

Sibuk sangat aku kebelakangan ini. First, register klinik untuk Fomema. Dua, permohonan panel TNB baru lulus. Semua lampiran yang dihantar nak kena sain pesuruhjaya sumpah. Tiga, pendaftaran klinik dengan KKM. Inipun leceh jugak. Kena bongkar peti besi cari sijil2, kena ke pesuruhjaya sumpah lagi sekali untuk confirm aku tak muflis dan ada kes jenayah. Hari ini semuanya settle. Cuma KKM reject plan klinik aku. Katanya tak cukup lengkap. Mereka nak jugak ukuran lebar pintu, kat mana aku letak sinki, lampu, air cond..

Minggu lepas aku servis kereta aku kat EON SERVIS. "Free" service untuk 10 000km. Itulah kali ketiga dan terakhir aku ke sana. Kata free, tapi melayang jugak 150 ringgit. Dahlah lambat, layanan pun macam nak tak nak je. Biasanya lepas servis, kereta berkilat sikit. Ini macam tu jugak. Mentang2 musim hujan, cuci pun lebih kurang je. Semalam aku terpaksa pergi sana semula. Ada cecair warna hijau keluar masa start enjin pagi2. Satu jam lebih baru siap. Ada leaking sikit. Nasib baik free. Kalau tidak nak meradang aku..

Kebelakangan ini setiap petang hujan lebat. Hujan rahmat. Ramai sikit customer aku. Demam, selsema, batuk ; sakit2 yang rutin masa hujan2 begini. Bagusnya musim hujan ni pokok2 kat taman aku tak payah nak siram. Jimat sikit air. Berita muka depan STAR hari ini, kabinet menarik balik pengurangan saman yang dibuat oleh polis trafik. Kononnya, biar ramai yang bayar saman, kurangkan rasuah dan menolong mengurangkan beban rakyat. Sapalah yang buat cadangan bangang ni. Kalau aku, aku tinggikan lagi kadar saman. Jadi orang takut nak buat salah. Dua, tambah gaji polis trafik. Bila gaji dah tinggi, pendapatan dah cukup, taklah mereka senang2 nak ambik duit kopi. Saman bukanlah jadi sumbar pendapatan kera jaan. Ia sekadar peringatan supaya rakyat lebih mematuhi undang2. Hukum hudud misalnya. Ia lebih kepada pencegahan dan bukannya hukuman yang zalim. Ramai yang tak paham konsep yang mudah ini. Kalau mencuri kena potong tangan, kita jangan kira berapa ramai orang yang kudung selepas itu tapi kita lihat bagaimana pencuri berfikir beribu kali sebelum mencuri..kan aman jadinya. Setakat masuk penjara, makan free, cukup tempoh dibebaskan, mereka takkan serik.

Semalam adik aku habis mengambil peperiksaan UPSRnya. Katanya senang. tunggulah keputusannya nanti. Teringat aku masa aku darjah % dulu. Masa tu UPSR belum ada. Yang ada Peperiksaan Pernilaian Darjah 5. Masa tu bangang lagi. Pergi periksa macam pergi ambik ujian bulanan je. Masa tu mana ada kelas tambahan, kelas tiution, soalan2 ramalan. Aku cuma dapat 1A 4B je.. lepas tu naik darjah ^, enjoy. Yalah peperiksaan besar takda. Main je memanjang. Kalau sebelum tu periksa selalu dapat no 1, naik darjah 6, jatuh tergolek aku. Kalau tahun sebelum2 tu tiap2 tahun mesti naik pentas ambik hadiah, tahun tu aku gagal sama sekali. Nasib baik aku cepat sedar masa masuk sekolah menengah.

Guru kelas aku masa aku Darjah 6 dulu sekarang jadi gurubesar kat sekolah tempat bini aku mengajar sekarang. Semalam aku terserempak dengan dia. Dia masih ingat kat aku. Dia kata dia tumpang bangga sebab ada anak muridnya yang telah lebih berjaya daripada dia. Cikgu ni masa aku darjah 6 dulu memang dia pulun habis. hampir semua subjek dia ajar. BM, Matematik, Sains, PJ, Kajian tempatan, Guru pengakap, guru disiplin, Guru pengawas..Alhamdulilah dah jadi gurubesar dia sekarang. Anak dia 5 orang. 2 orang dah lepas U. dia tengah sedih sebab kedua2 anaknya belum dapat kerja lagi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home