23 October 2006

Hari ini hari terakhir Ramadan. Esok dah Idul Fitri. Terasa sangat sedih untuk meninggalkan bulan yang penuh keberkatan ini. Bulan dimana aku tak kena migraine, sakit perut dan berat badan aku dah turun 4 kilo. Cuma selalu sakit lutut sebab kena naik turun panjat tangga untuk mengemas rumah, mengecat, membersihkan sawang,...

Esok hari raya. Gembira dihari raya ialah bila bersalaman dengan ibu bapa, memakai baju warna sedondon dan melawat saudara mara yang lama tak jumpa. Selebihnya sedih sebab duit kena banyak keluar. Isi minyak kereta, ang pow budak2, itu belum kira persiapan hari raya..

Dua hari lepas aku bercuti sempena Deepavali dan sambung hari Ahad. Kena kemas rumahlah apa lagi. Bersihkan laman luar dan dalam pagar, lap cermin tingkap, cat pagar ( tak siap lagi sebab warna salah beli), pasang langsir, pasang cadar,...

Tahun ini banyak jugak dapat kad raya. Yang tak kenal pun ramai. Mungkin patient kot. Yang hantar SMS, yang hantar email, semua aku belum balas. Dah mogok sebab tahun lepas aku dah hantar banyak tapi tak dibalas. Pakai SMS lagi senang..

Tun M dapat juga akhirnya berjumpa dengan Pak Lah. I'm nat happy but satisfied. Dia kata Pak Lah tak cakap apa2. Hanya mencatat apa yang Tun cakap. Takda reaksi atau maklumbalas. Tunggulah apa akan jadi seterusnya..

Datuk Z yang buat istana empat tingkat kat Klang dah kena panggil dengan sultan. Itupun kena cari dengan OCPD baru jumpa. Pakai phone dia tak jawab. Konon sakit katanya. Kalau aku jadi Khir Toyo, tak payah nak siasat lagi dah. Letak jawatan atau pecat. Buat malu je. Ini masih nak siasat. Pak Lah kata, biar Khir Toyo yang tetapkan hukuman. KT pulak tunggu arahan pihak atasan. Semua bacul dan pengecut. Apa takut sangat dengan Datuk Z tu aku pun tak paham..

Semalam Melodi ada siar interview dengan AWIE. Kisah penceraian dia dengan Arni Nazira. Dari dulu aku memang respect kat Awie. Dia idola aku masa zaman sekolah dulu. Pendek kata semua album dia aku beli, poster2 dia semua aku tampal kat dinding, gaya pakaian dia pun selalu aku ikut. Tapi selepas dia berkahwin senyap2 seterusnya menceraikan isteri dia aku dah hilang respect kat dia. Dia masih menyalahkan bini dia sebab mintak cerai dah tak nak jaga anak2 dia. Siap menangis lagi. Yang dia tu kahwin senyap2 tak salah ke? Kalau aku jadi bini dia memang itu yang aku lakukan.. Tak kiralah bulan puasa ke, bulan raya ke, tang tu jugak aku mintak fasakh.

Esok hari raya. Belum habis bercerita lagi. Aku cuti satu minggu. Walaupun kampung dekat, sedara pun tak ramai, aku nak cuti jugak. Raya kedua beraya kat rumah adik beradik bini aku, raya ketiga dan keempat balik kampung di Muar. Rutin yang biasa tapi tak jemu. apatahlagi bila bawak kereta baru..raya ke 5 dan 6 beraya kat sekitar taman pulak..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home