11 November 2006

Alhamdulilah. Tun M beransur sihat. Dia dah keluar dari CCU. Semoga tetap tajam akal fikirannya yuntuk terus mengkritik kepimpinan negara sekarang. Dulu aku memang tak suka Tun M, terutama cara dia menjatuhkan Anwar Ibrahim. Dia juga suka buat projek2 mega sambil mengkayakan kroni2nya. Aku suka sangat bila dia berhenti jadi PM. Harap2 Pak Lah akan mengusahakan sesuatu untuk kepentingan negara. Dia bermula dengan baik. Menghadapkan Kasitah Gadam atas tuduhan rasuah. Selepas itu menjatuhkan Isa Samad atas politik wang. Selepas itu takda apa2 yang berlaku. Projek2 mega Mahathir seperti jambatan bengkok, trek keretapi berkembar batal. Singapura menjadi semakin berani bila Tun M dah takda. Pengabisnya FOMEMA dan Pantai Holdings jatuh ketangan mereka. Yang terbaru. SJER hasil buah fikiran Pak Lah dikatakan menguntungkan Singapura. Suratkhabar NST kepunyaan UMNO juga diketuai oleh warga Singapura. Habis dikutuknya Tun M dan Pak Lah diam je. Bila dia kena kutuk dengan SANG Kelembai dalam laman blognya, habis mamat tu kena pecat dari UMNO. Aku tunggu perhimpunan UMNO minggu depan. Tengok siapa yang berani bercakap benar. Siapa yang berani menunjukkan kesalahan2 Pak Lah dan mengkritik kepimpinan beliau. Nak harap Tun M, mungkin dia tak dapat datang. Kalau datang sebagai pemerhati dan duduk dibarisan depan sekalipun tak berguna jika tak dibenar bersuara.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home