18 December 2006

Hari ini bini aku dah kena start pergi sekolah. Mesyuarat panitia hari2 sampai hujung minggu ini. Pukul 8.30 start mesyuarat pukul 1 petang belum habis lagi. Masa aku jumpa bini aku pukul 2 dia baru selesai menangis. Ada yang tak kena lah tu...

Rupa2 nya dia kena sindir dengan gurubesar. Bini aku baru tahun ini pegang bilik SPBT. tahun sebelum tu satu cikgu anak dara pegang. Bilik tu ramai cikgu kata macam rumah hantu, gelap lagi tak ceria. Sistem fail dahlah tunggang langgang. Buku yang masuk, buku yang keluar, buku yang hilang memang takda rekod. Itupun takda sapa nak bising. Bila bini aku dilantik pegang bilik tu, senyap2 dia belajar dari cikgu2 sekolah lain. Pihak sekolah sikit pun tak ambik tahu. Bini aku keluar duit cat dinding, pasang langsir, pasang tikar getah, pasang skirting sambil updatekan fail2. Hujung tahun ini semuanya selesai. Memang lebih ceria berbanding dulu.

Tup2 masa mesyuarat, Gurubesar kata Bilik SPBT takda harapan nak menang. Bilik SPBT sekolah lama dia lagi cantik katanya. Gurubesar tu sepanjang pengetahuan bini aku tak pernah pun datang melawat, bertanya kabar, buat pemantauan fail2, tup2 dia kata macam tu. Setakat tengok dari luar je masa lalu nak ke kantin, boleh dia cakap macam tu..Tu yang bini aku menangis tak berkesudahan. Seolah2 penat-lelah dia takda orang hargai. Yang dipuji bebenar ialah bilik PRA Sekolah. Memanglah boleh jadi johan kalau cikgu satu, pembantu ada satu, cikgu training ada 4, murid2 cuma ada 26 orang. Pukul 11.30 murid2 dah balik. Peruntukan kerajaan pun banyak. Maksudnya memang berlebih2 masa untuk menceriakan bilik tu. Nak pasang mozek, ada peruntukan, nak peralatan senaman, ada peruntukan. Setakat kelas lawa dan ceria, tapi masuk darjah satu masih tak tahu baca, apa kejadahnya??

Bini aku selain kena jaga bilik SPBT, dia kena jaga murid Tahun 6. Matematik pulak tu. Kalau prestasi periksa penggal turun, kena menjawab kat PPD. Mereka bukannya memantau murid kat sekolah, yang ditengok peratus lulus je. Mesti nak meningkat. Murid pandai baca ke tidak, emak bapak ambik kisah ke tidak, itu mereka tak kisah. yang penting peratus naik.

Tahun ini tak seorang pun murid sekolah bini aku dapat 5A masa UPSR. Bini aku tak frust sebab dia dah cuba yang terbaik. Untuk Matematik prestasinya masih sekitar 85-90%. Masalah utama ialah gurubesarnya. Dalam sebulan cuma beberapa hari je ada kat sekolah. Selebihnya dia pergi sambung belajar kat KUITTHO. Pengurusan sekolah diserah pada penolongnya. Jaga murid2 macam anak2 sendiri. Jangan dimarah2 selalu. Tak buat kerja rumah, tak bawa buku, tak hafal sifir, jangan denda. Nasihat je. Nanti emak bapak datang sekolah, jadi kes susah pulak. Kalau dulu ada cikgu disiplin yang kehulu kehilir bawak rotan, sekarang tak lagi. Dulu gurubesar selalu buat spot check, tanya sifir kat murid2, sekarang tak lagi. Dulu gurubesar jumpa cikgu2 yang mengajar tahun enam tanya masalah, beri sokongan moral, beri bimbingan; sekarang tak lagi. Balik2 muhasabah diri, muhasabah diri. Itu je yang dia tahu cakapkan...

Sebenarnya gurubesar sekarang adalah cikgu kelas aku masa aku darjah enam dulu. Aku pernah jumpa dia sekali 3 bulan lepas. Dia masih ingat aku lagi. Bukan nak buruk2kan dia tapi dia masih macam tu jugak..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home