17 November 2006

Perhimpunan Umno berakhir hari ini. Entah apa yang dibincang aku pun tak kisah. Yang aku tahu, semua menyokong kepimpinan Pak Lah. Semua yang diatas pentas, berdiri teguh disebelah Pak Lah. Yang kat bawah pentas dan luar PWTC tak tahulah. Buatlah pilihanraya umum dan kita tengok jawapannya. Rasanya takda isu2 besar yang berani dikeluarkan. Soalan2 Tun M masih takda jawapan. Balik2 menakut2kan orang melayu supaya bersatu dibawah payung UMNO. Kalau tidak bangsa lain akan jadi lebih berani. Apa faedah cakap berapi2 sambil hunus keris. Kita bukan nak pergi perang pun. Zaman dah moden. Penjajahan bukan dalam bentuk perang senjata sahaja. Lebih baik bercerita pasal sikap orang melayu yang masih mengharap subsidi kerajaan, kontrak2 kerajaan. Mereka tak berminat untuk memajukan diri sendiri dengan melebihkan usaha. Mereka hanya berusaha untuk dapat jawatan dalam politik Lepas tu lobi sana, lobi sini untuk dapat kontrak itu ini. Bila dah kaya lupa daratan. Kalau dulu tukang jaga gate keretapi sekarang dah ada istana besar. Undang2 dunia dah tak hirau. Aku dah kaya. Aku dah ada kuasa. Kau peduli apa.
Banyak lagi isu2 besar tak dibangkit. Nasib akhbar NST, penjualan saham ECM Libra, penjualan Pantai Holding, SJER, gejala sosial, mana dia? yang disibuk nak cuti bersalin 90 hari. Zaman makin moden, nak bersalin dah makin senang. Apa kejadahnya cuti sampai 3 bulan? Orang cina seminggu lepas bersalin dah boleh pakai seluar jeans. Boleh jaga kedai dah...Isu2 seks jadi bahan senda gurau. Takda modal lain ke?? Biar lembik tapi masuk perlahan2 ada rasa, kilang dah tutup tapi operasi masih berjalan. Itu apa maknanya tu.. Tukarlah semua yang kat atas pentas tu. Ganti orang2 muda yang ada wawasan dan lebih ilmunya..Biar respect sikit orang luar kat kita.

11 November 2006

Alhamdulilah. Tun M beransur sihat. Dia dah keluar dari CCU. Semoga tetap tajam akal fikirannya yuntuk terus mengkritik kepimpinan negara sekarang. Dulu aku memang tak suka Tun M, terutama cara dia menjatuhkan Anwar Ibrahim. Dia juga suka buat projek2 mega sambil mengkayakan kroni2nya. Aku suka sangat bila dia berhenti jadi PM. Harap2 Pak Lah akan mengusahakan sesuatu untuk kepentingan negara. Dia bermula dengan baik. Menghadapkan Kasitah Gadam atas tuduhan rasuah. Selepas itu menjatuhkan Isa Samad atas politik wang. Selepas itu takda apa2 yang berlaku. Projek2 mega Mahathir seperti jambatan bengkok, trek keretapi berkembar batal. Singapura menjadi semakin berani bila Tun M dah takda. Pengabisnya FOMEMA dan Pantai Holdings jatuh ketangan mereka. Yang terbaru. SJER hasil buah fikiran Pak Lah dikatakan menguntungkan Singapura. Suratkhabar NST kepunyaan UMNO juga diketuai oleh warga Singapura. Habis dikutuknya Tun M dan Pak Lah diam je. Bila dia kena kutuk dengan SANG Kelembai dalam laman blognya, habis mamat tu kena pecat dari UMNO. Aku tunggu perhimpunan UMNO minggu depan. Tengok siapa yang berani bercakap benar. Siapa yang berani menunjukkan kesalahan2 Pak Lah dan mengkritik kepimpinan beliau. Nak harap Tun M, mungkin dia tak dapat datang. Kalau datang sebagai pemerhati dan duduk dibarisan depan sekalipun tak berguna jika tak dibenar bersuara.

10 November 2006

Selain dari pesakit, ada 3 kumpulan manusia yang selalu datang berjumpa dengan aku. 3 kumpulan ini selalu memeningkan kepala aku. Selain tak reti bahasa bila aku kata TAK NAK, mereka masih nak membuang masa aku walaupun patient aku dah berderet2 menunggu.
1. Agen insuran.
2. Direct Selling.
3. Minta derma.

Agen insuran biasanya lebih pro dan menghormati kita. Kalau kita kata sibuk atau tak berminat mereka terima. Yang direct selling ni yang pening sikit. Biasanya yang datang tu orang2 baru yang tengah kemaruk nak mencari downline. Produk entah apa2 ntah. Air elektronik, Colostrum, ubat ajaib dari Amerika, Madu Raja, Krorofil, Alfafa, Lampu ajaib, dan banyak lagi produk2 yang kononnya sangat mujarab untuk menyembuh penyakit. Sampai ke tuala wanita pun boleh mencegah kanser, boleh lekat kat dahi kalau anak demam itu apa kejadahnya. Mereka nak doktor masuk dalam downline mereka dan lepas tu jaja nama kita kata doktor sekian2 ada pakai produk mereka. Silap2 hb nama kita masuk dalam iklan mereka. Mampus kalau MMC tahu.

Aku ada seorang kawan. Doktor jugak. La ni dah tak jaga klinik dah. Dah sibuk dengan Transfer Factor. Berapa kali ajak aku join sama tapi aku kata aku tak berminat. Satu botol 60 biji harga dah 200 lebih. Awal tahun ini aku nampak nama dan gambar dia dalam suratkhabar. Dia dah no 4 dalam ranking. Pendapatan 20K sebulan. Aku kalau nak kaya pun bukan itu caranya. Itu bukan caraku. Biarlah..

Sekarang ni mana2 orang yang nak jumpa aku, mesti register. Mesti tunjuk IC. Kalau setakat cakap kawan lama, ada hal sikit, ada buat appointment, aku memang malas nak jumpa. Apatahlagi sekarang ni, orang nak buat jahat bukannya datang bawak parang atau pisau sahaja. Yang pakai tie, bawak anak2 kecik2, yang lawa2, pun 2 kali 5 juga. Aku pernah sekali terkena dulu.

Suatu petang, satu keluarga datang klinik aku. 2 perempuan pertengahan umur, seorang lelaki tua, seorang budak umur 3 tahun dan seorang budak lelaki umur belasan tahun. Masa register nama dan alamat pakai agak2 je. IC pun tak tunjuk. Mereka teragak2 bila tanya alamat rumah. Masa masuk bilik aku, lelaki tu memang mabuk. Bau arak kuat betul. Seboleh2nya suruh aku check perut dia. Dalam aku sibuk check dia, budak kecik dia sibuk bukak pintu sana, lari sana, lari sini; budak lelaki yang satu lagi hilang ntah kemana. Lepas 10min lelaki tu masih sibuk bercerita macam2. Orang mabuklah katakan. Perempuan yang pertengahan umur dah keluar, dia masih tak nak keluar. Siap kena tarik lagi dengan sedaranya. Mereka terus keluar tanpa ucap terima kasih, tanpa ambik ubat dan tanpa tanya bayaran. Rupa2nya mereka dah selongkar laci meja aku. Dompet aku dan PDA aku hilang. Walaupun dalam tu duit cuma ada 50 ringgit je, aku hilang IC, Lesen memandu, kad kredit, kad ATM dan keyakinanku terhadap satu bangsa.
Selama seminggu selepas tu aku kena tinggalkan klinik aku, semata2 untuk buat lesen baru, IC baru, pergi ke balai polis....

09 November 2006

DULU CADANGNYA NAK BELI ESTIMA AERAS G/S 2.4L 2001 YANG FULL SPECS ( ADA VACUM DOOR, SENSOR, CAMERA, SPORTY BODY KIT, RIM 17", DUAL SUNROOF,...) TAPI YANG DAPAT AS ABOVE JE. DUITNYA TAK CUKUP SEBAB NAK RAYA. NAK TUNGGU LEPAS RAYA, CRV AKU DAH TAK BOLEH JALAN JAUH. TU DAPAT YANG X TYPE JE. TAPI SYUKURLAH. KALAU ORANG YANG TAK TAHU PASAL ESTIMA, INIPUN DAH KIRA CANGGIH APA. SEPANJANG BULAN RAYA NI RASANYA DAH LEBIH 5 ORANG TEST DRIVE KERETA AKU. SEMUANYA BERANGAN2 NAK CARI SATU. YALAH TU. AKU TOLONG DOAKAN. MUDAH2AN KALAU SEMUA DAH PAKAI ESTIMA BOLEH BUAT KONVOI JALAN2 SATU NEGARA.

Banyak perkara berlaku kebelakangan ini. Kesibukan kerja menyebabkan aku tak sempat mencatat dalam jurnalku ini. Minggu ini patient aku ramai sungguh. Almaklumlah musim hujan, musim raya, ramai yang sakit perut, cirit birit dan selsema. Pertama, berita Tun M kena masuk IJN sebab mild heart attack mengejutkanku. Malaysia masih memerlukan pemikiran dan buah fikirannya untuk memacu negara ke jalan yang betul. Walaupun cakap2 dia orang2 kera jaan tak ambil peduli, sebagai hamba rakyat aku masih perlu mendengar kritikan2 beliau. Walaupun masa dia memerintah dia pun 2 kali 5 juga, sekurang2nya aku masih dapat biasiswa dan boleh hidup selesa seperti sekarang. Ku doakan semoga beliau cepat sembuh dah dapat menghadiri perhimpunan UMNO minggu depan.

Dua, kes model Mongolia yang kena tembak dan mayatnya diletupkan sungguh menghairankan. Dalam C.S.I pun takda kes brutal macam tu. Rasanya untuk episod akan datang, adalah kes model mati macam tu. Yang disyaki pun bukan calang2 orang. Orang yang berilmu dan berkedudukan tinggi dimata masyarakat. Apa nak jadi masyarakat kita hari ini ya? Dunia akhir zaman.. Yang berbuat dosa kita agung2kan, yang alim dan soleh kita kutuk habis2an. Kes Datuk Azhar Mansur masuk kristian pun satu. Dah lama sangat aku dengar pasal hal ni tapi masih tak berkesudahan. Entah ya entah tidak. JAKIM siasat pun macam nak tak nak je.

Tiga, perhimpunan agung UMNO minggu depan. Banyak agenda2 yang melibatkan negara, dunia islam dan sejagat patut dibincangkan. Tapi rasanya perdebatan masih menjurus ke masalah mengisi poket masing2. Tak dapat kontrak, tak dapat subsidi, tak dapat baja, itu ajelah agenda saban tahun. Singapura suka sangat bila SJER dirasmikan minggu lepas. Makin untung airport dan port mereka sebab bila bisnes di Johor berkembang, mereka pun tumpang semangkuk. Itu bagus ke tak bagus. Kan kita jiran yang baik kan? Hal2 perang tak berkesudahan di Iraq, bumi Palestin, Mat Rempit, ketagihan Syabu, judi dan nombor ekor, isu murtad, Datuk Zakaria dan istananya, agak2 ada orang berani sentuh tak?

02 November 2006

Sejak akhir-akhir ini ramai pesakit datang klinik aku untuk scan baby. Kebanyakannya datang dari Pusat2 Kesihatan. Nak kata mesin scan takda mustahillah. "Doktor sana suruh scan kat private dan nak print gambarnya". Doktor sana kata dia ramai pesakit, tak sempat nak scan. Pada pendapat aku itu alasan paling tak munasabah. Kebanyakkan yang nak scan pun semuanya tak bermasalah. Datang klinik pagi, kad merah dia pegang. "Lepas pukul dua kakak datang lagi ya, bawah gambar scan. Doktor nak tengok" Itu pesan misi klinik kerajaan. Macam kena paksa je. Aku tak rugi apa2 lah cuma kesian kat patient. " Takpa kak, nanti saya kasi resit. Kakak boleh claim balik kat doktor tu. " Kalau tak boleh kakak claimlah kat husband kakak"...

Pusat2 Kesihatan sekitar daerah aku ini diurus oleh doktor2 relief. Doktor yang incharged, dua2 on maternity leave. Hospital pun sama. Ada 4 doktor, semuanya perempuan. Banyak juga cerita2 yang sampai ketelinga aku pasal layanan kat hospital. Patient yang rujuk kepada mereka ditendang sana sini. Yang aku tak sedap dengar ialah sakit macam ini pun nak refer hospital. Bukannya teruk sangat pun. Kalau refer specialist lain pulak ceritanya. Sakit sikit je, semua test dibuatnya. Lepas tu bagi antibiotik kaw kaw punya. Pening2...

Famili aku sekarang tengah gila tengok telenovela Bawang Putih Bawang Merah. Dari emak dia sampai anak aku yang kecik sekali memang tak boleh miss tengok cerita melalut dan meleret2 tu. Dah ada bela pari2 pun masalah tak selesai2 jugak. Nampak sangat kebangangan masing2. Aku sekarang ni tengah merangka skrip drama telenovela jugak. Jalan cerita belum ada tapi title nya dah siap... Bawang Besar Bawang Kecik. Nak suruh Rita Rudaini dan Nisdawati jadi heroinnya. Amacam? Boleh tak?

01 November 2006


Meluat betul aku tengok berita TV3 dan baca paper hari ini. Semuanya gara2 Datuk Z. Depan sultan mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan. Semalam masa buat sidang akhbar lain pulak ceritanya. Sultan dah terima banyak aduan dari masyarakat setempat mengata itu ini tentang perangai dia, takkanlah rakyat nak buat fitnah dekat Sultan. Alih2 dia tak mengaku salah. Semuanya angkara pembangkang, salah arkiteklah, feng shui tak betul lah. Yang lain semua salah tapi dia tak salah. Dia orang baik dan alim, tolong ramai orang, tolong orang miskin,.. Apa kejadahnya kaitan pembangkang dengan istana yang kau bina. Dia pun dah mengaku dulu muda2 kerja jadi buruh je dengan KTM. Sekarang dah kaya raya dan boleh kumpul duit juta2 buat istana. Aku bukan irihati jauh sekali nak fitnah. Tapi tak patut2lah nak menunjuk dan mengumpul kekayaan sebegitu. Depan kamera, ambik air sembahyang, bersembahyang, menangis konon dah insaf tapi tu semua lakonan politik je. Kata istana yang nak dibina tu ada surau dan nak jadikan pusat komuniti untuk rakyat setempat. Juak2nya pulak tunjuk gambar rumah orang2 miskin yang pernah ditolongnya. Nak muntah aku..Aku nak tunggu apa tindakan UMNO sekarang. Kalau Sang Kelembai boleh kena gantung sebab mengutuk Pak Lah, Datuk Z sepatutnya menerima nasib yang lebih teruk. Beliau telah memalukan dan mengaibkan bangsa melayu.

Pagi tadi sempat gak aku tengok Chelsea main dengan Barcelona. Dalam masa kecederaan Drogba masih sempat score sebijik untuk kedudukan 2-2. Tapi tengok mereka main macam main wayang pulak. Sikit2 jatuh tergolek, lepas tu berlakon sakit macam nak hilang nyawa. Kelam kabut pengadil dibuatnya. A. Cole boleh dapat kad kuning 2 kali tapi tak dapat kad merah pulak. Pengadil kata yang pertama tersilap bagi.. Yalah tu..Aku bukan sokong sangat Chelsea tapi berbanding team Sepanyol, baik aku sokong team England. Esok pagi, Man U dan Arsenal main. Anak aku minat sangat kat Arsenal. Dia tengah exam akhir tahun sekarang ni. Jangan haraplah bini aku nak kasi dia bangun pagi2.